suka2 je buat blog ni..

Friday, July 6, 2012

Produk kecantikan yang saya pakai sekarang

1. Produk penjagaan muka: pembersih muka, toner, krim siang dan krim
malam Safi Balqis
2. Foundation: Clear Solution HD Simplify BB Cream (medium
beige)..kadang2 pakai Naturactor..
3. Bedak: Maybelline Clear Smooth All in One (natural)
4. Lipstick: Simplysiti

itu je la alat makeup yang saya boleh pakai sendiri..kalau nak pakai
yang lain2 tu..orang lain yang tolong makeupkan..nak pakai sendiri tak
reti..nanti comot pulak..

Tuesday, June 19, 2012

testing

Hari ni last exam..hari ni paper wajib jabatan..Media dlm konteks
global & lokal..pukul 11.30 pagi..pastu meerdeka..tp merdeka dari exam
je la..banyak lagi benda lain yg belum selesai..

ok la..sebenarnya saja2 je nak menulis ni..sbb dah lama tak update blog..



Inilah kamera idaman sy (tetiba)..buat masa skrg..hehe..gambar ini
diambil drpd laman web www.canon.com.my

Sunday, June 13, 2010

Zaman Persekolahan

Aku saja nak post ttg zaman persekolahan ni sb aku xde idea. Tiba2 aku teringat kenangan zaman persekolahan. Zaman persekolahan merupakan waktu yg paling menyeronokkan.

Masa aku di tingkatan 1-5, aku bersekolah di S.m Pendidikan Khas Setapak KL (sekolah khas utk murid2 bermasalah penglihatan seperti aku). Yg seronoknya sekolah ni ialah kemudahan2 yg disediakan utk kami. Guru2 kat sana pun sangat best n sangat baik. Tu je la yg blh aku tulis ttg sekolah ni.

Kenangan manis dlm hidup aku adalah apabila aku dpt masuk form 6 di St. John. Di sinilah aku n rkn2 bnyk mendapat pengalaman baru. Semasa bersekolah di St. John, aku n rkn2 dibenarkan menginap di asrama sekolah lama kami.

Dari Setapak, kami akan menaiki bas atau LRT secara beramai2 utk ke St. John. Itulah antara pengalaman yg menyeronokkan kerana pelbagai suka duka dilalui bersama2.

St. John merupakan slh sebuah sekolah yg mempunyai program integrasi. Di sini, pelajar Pendidikan Khas akan belajar bersama2 dgn pelajar biasa. Di St. John, kami belajar seperti murid2 yg lain. Di sini juga terdapat Unit Pendidikan Khas yg akan membantu pelajar2 pendidikan khas sepanjang berada di St. John. Kami akan berada di Unit Pendidikan Khas setiap pagi sebelum perhimpunan, semasa waktu rehat n selepas tamat sesi persekolahan sehingga pukul 3 ptg. Di sinilah guru2 pendidikan khas akan membantu urusan kami. Antara tugas guru2 di Unit Pendidikan Khas adalah seperti menterjemahkan tugasan2 yg dibuat dlm tulisan brail ke dlm tulisan biasa. Guru2 di sini juga membantu kami sekiranya terdapat sebarang mslh dlm pelajaran dan sebagainya.

Di Unit Pendidikan Khas, terdapat sukarelawan n reader yg akan membantu membacakan buku, newspaper, nota serta mencari maklumat di internet. Para sukarelawan ini juga akan membantu kami n guru2 pendidikan khas menjalankan aktiviti2 yg dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas.

Antara kenangan manis aku di St John adalah apabila aku n pelajar pendidikan khas yg lain diberi peluang utk membuat persembahan semasa hari guru.

Aku sangat gembira n bertuah kerana dpt belajar di St. John kerana kami mempunyai guru2 yg dedikasi n rkn2 yg sangat baik. Guru2 di sini tidak pernah membezakan kami dgn pelajar2 biasa. Kami dilayan sama rata seperti rkn2 yg lain. Jika kami melakukan kesalahan, kami juga akan menerima hukuman sama seperti pelajar lain. Antara kami n pelajar2 biasa juga tidak mempunyai jurang. Mereka berkawan dgn kami seperti berkawan dgn rkn yg lain n tidak menganggap kami seperti org asing.

St. John ialah tempat yg sangat bermakna dlm kehidupanku. Di sinilah aku dpt menimba bnyk pengalaman baru. Di sinilah yg menjadikan aku lebih terbuka n pergaulanku menjadi lebih luas.

Thursday, June 10, 2010